Assalamualaikum
syida teringin nak buat post tentang perkara2 yang syida kenal dengan orang yang syida sayang... macam orang lain buat kan... so nak la jugak meroyan.. heheh
syida kenal dia melalui adik angkat syida.. jujur syida cakap.. yang syida tak suka dengan dia.. seriously.. tak tahu kenapa.. disebabkan adik angkat syida yang bersungguh kenalkan.. so why not klau syida berkawan kan.. ala berkawan tak salah...
permulaan kitaorang tegur each other dekat twitter... bulan disember tak silap syida.. it means that dah setahun dah perkenalan kitaorang dekat laman sosial.. syida cuba cari balik first tweet syida dengan dia.. disebabkan dah lama sangat so tak dapat nak tunjukkan... sedih betul.. tapi takpe syida still ingat lagi bulannya tapi tarikh je tak ingat..
sejak dari itu syida makin rapat dengan dia and selesa dengan dia.. Alhamdulilah Allah merestui persahabatan kami.. syida pun tak sangka sampai sekarang persahabatan kitaorang kekal.. cara persahabatan kitaorang bermula bila syida ada rancangkan sesuatu dengan adik angkat syida untuk kenakan dia and hadiah untuk birthday dia.. so syida bagi no phone syida dekat dia.. so dalam hati cakap.. kalau dia call or msj.. means dia memang nak la no aku ni.. sebab nak buat panggilan hangit.. tapi tak jadi.. gagal pulak..
like seriously.. dia mesej syida.. dia cakap... hai shidot... ni... ijal... "bukan nama sebenar" syida time tu... baca banyak kali.. betul ke tidak ni apa yang syida baca... sekali betul.. terkejut sangat time tu.. sampai sekarang syida still simpan no dia.. pernah syida delete no dia.. tapi save balik... ahahahha... mengada kan..
dari situ kitaorang makin rapat.. tapi tak la mesej selalu.. bila ada perkara penting je syida mesej dengan dia.. kitaorang banyak dekat laman sosial je.. kalau jumpa pun macam takde benda yang berlaku.. masing2 diam je... ahahah... tak pernah berbual.. tapi whatsapp je... padahal depan2.. kelakar betul... dah la kena cover muka... haiiisshhhhh... tapi tu semua kenangan..
dia satu2 nya orang yang syida sayang... lelaki yang syida sayang.. selepas ayah syida... syida tak tahu kenapa hati syida susah nak buka untuk lelaki lain.. padahal syida tahu dia anggap syida sebagai kawan je... betul kata orang.. lelaki dengan perempuan tidak boleh berkawan baik.. nanti ada menyimpan perasaan... ye syida setuju dengan statement tu.. sebab syida alaminya sekarang ni...
syida hanya dapat berdoa dekat ALLAH sahaja.. kadang2 dia menghilang sepi.. tapi hadir dengan seribu tanda tanya... mungkin ini caranya perkenalan kitaorang... selagi syida tak putus asa berdoa.. insyaallah syida akan dapat petunjuk adakah dia memang untuk syida atau sebaliknya... Aamiin...
No comments:
Post a Comment