Friday, February 22, 2013

18 julai 2012

Assalamualaikum

awal pagi ini terimbau kembali detik-detik tarikh ini.. kenangan ini tak pernah aku lupakan.. dimana aku dicabar oleh adik kesayanganku untuk meluahkan apa yang terpendam didalam hatiku atau lebih dengan erti kata lain orang yang aku cintai.. mula-mula aku ragu sebab aku takut dikecewakan.. dan rasa malu terbit dalam diri.. yelaa aku perempuan takkan aku pulak nak terhegeh-hegeh beritahu kan.. tapi aku kuatkan hati jugak..

seseorang yang takut dengan kegagalan adalah seseorang yang takut dengan dirinya sendiri... jadi aku beranikan diri untuk luahkan semuanya... serious masa nak beritahu tu.. rasanya berapa banyak doa aku dah baca sebab takut punya pasal.. mula-mula ingat nak text je.. tapi tak jadi.. bagi IM.. pun tak jadi.. last-last bagi dekat whatsapp.. dup dap.. dup dap.. masa tunggu dia balas.. bila dia balas... yaAllah rasa tak nak baca je..

jawapannya.. dia tak mengecewakan aku.. dan dia tak buat aku makin benci dia.. malahan sampai sekarang kitaorang masih lagi berhubung.. sebab kita orang dah berjanji antara satu sama lain untuk terus berhubung bila dapat tahu semua ini.. yes... dia sangat-sangat memahami dan kami berkawan sampai sekarang.. jawapan yang dia berikan buatku tergamam..

hati saya tak seindah hati kamu.. Insyaallah kalau ada jodoh kita bersatu.. saya tak nak couple.. kita berkawan.. kalau jodoh kita.. kita kahwin terus

percaya atau tidak.. saya menangis saat dia jawab macam tu.. time tu memang sesi luahan perasaan.. dia sangat merendah diri time tu.. memang dah banjir dah time tu.. nasib laa tak face to face.. kalau face to face malu rasanya.. tapi alhamdulilah.. aku terima jawapan dia dengan penuh hormat.. bukan senang seorang lelaki nak luahkan semua ini.. sebab ego lelaki sangat tinggi dari ego perempuan.. aku berharap aku boleh jadi kawan dia tika dia susah dan senang.. andai bukan jodoh kami.. persahabatan yang terbina aku harap takkan runtuh macam tu saja..

mengharap.. adakah aku mengharap apabila dia beritahu jawapan macam tu.. yaa aku mengharap.. jujur aku katakan.. aku mengharap yang dia akan suka aku balik.. tapi hakikatnya.. aku manusia biasa.. aku tak sanggup nak mengharap.. aku dah THE END kan apa yang aku tunggu selama ini.. 7 bulan menunggu mungkin jangka masa yang cukup bagiku..biarlah Allah yang satukan kami andai akulah orang yang Allah ciptakan untuknya.. Insyaallah selagi terdaya.. aku takkan berhenti untuk terus berdoa meminta petunjuk dari Allah...

No comments:

Post a Comment