Assalamualaikum
wahai sahabatku yang ku sayangi.. jangan bersedih wahai sahabat.. dengan apa yang berlaku kepada kamu.. sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang terbaik untukmu wahai sahabat.. sentiasalah ingat kepadaNya wahai sahabatku.. segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..
memang betul.. bukan mudah untuk mengawal hati dan perasaan.. adakalanya senyuman yang kita ukir untuk menutup segala kesedihan kita tak tertanggung juga.. ketahuilah sahabatku.. aku sentiasa bersamamu jika kamu ingat meluahkan segala masalahmu dengan ku... wahai sahabatku.. aku tak layak untuk menegur segala kesalahanmu.. aku tak berdaya untuk memaksa dirimu untuk melupakan insan yang pernah berada dihatimu.. ya bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah berada didalam hatimu.. aku mengerti semua itu..
tapi kamu perlu kuat.. kamu sendiri memberitahuku bahawa jangan pernah menangis untuk seseorang yang belum tentu untuk kita.. aku harap kamu ambil kata-kata itu yang pernah kamu berikan kepadaku.. aku serba salah.. serba salah untuk membantumu.. aku tahu kamu bersedih hati.. tapi apakan daya.. aku manusia lemah sama sepertimu.. engkau kuat.. aku pun kuat...
tabahkan hatimu wahai sahabatku.. Allah bersamaMU..
.jpg)
No comments:
Post a Comment